Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Realiti bukan fantasi!

Sepanjang saya hidup selama 23 tahun ini, menjadi anak perempuan tunggal bukan satu yang mudah. Orang mesti cakap 'eh anak perempuan tunggal, untunglaaa!'. Apa yang untungnya saya pun tak tahu. Tapi dari sudut faraid jadi anak perempuan tunggal beruntung jugalah daripada yang ada adik beradik perempuan yang ramai. Jadi anak perempuan tunggal ni kadang-kadang memang tak best! Nak tahu nape? Meh kita tengok :


1. Bosan


Ok sangat bosan. Kalau ada adik beradik perempuan yang lain petang-petang boleh main anak-anak patung or main masak-masak or main batu seremban. Tapi kalau dah jadi anak perempuan tunggal nak ajak sape? Ibu, ayah or adik beradik lelaki? Sampai ke sudah dorang wat tak layan punya. Last2 join la jugak budak-budak lelaki main perang-perang =.="

2. Semua keje kena buat

Benda ni memang selalu terjadi. Bila dah jadi anak perempuan, semua keje kene buat. 'Eh pergi tolong ibu kat dapur tu'. 'Rumah ni pasal kecah? Anak dara tak kemas rumah ke?" or 'Nanti masak asam pedas kepalaikan.Ibu ada meeting kat sekolah'. Sape yang kene buat semua tu? Anak perempuan la kan. Dah sorang-sorang anak dara masuk dapur masak untuk 5 kepala yang tahu makan and komplain je! Lepas tu dah abes buat kat dalam, kene jugak buat dekat luar. Cabut-cabut rumput. Sapu sampah bagai. "Ni anak dara, esok bangun pagi tolong buat kerja dekat laman sekali. Jangan tahu sapu rumah and mop lantai je kat dalam". Anak laki tak da nya pulak nak suruh sapu dalam rumah sekali. Anak perempuan sampai ke luar-luar kene buat kejenya! It`s not fair~

3. Dikongkong

Benda ni selalu jadi dekat mana2 anak perempuan.Tak percaya cuba tanya dorang.Hahaha. Anak perempuan memang selalu dikongkong. Yelah, orang dulu-dulu penah cakap kan jaga sembilan orang anak lelaki lagi mudah dari jaga sorang anak perempuan. Saya pun tak tahu nape orang dulu-dulu cakap macam tu. Mungkin takut anak perempuan membunting or dipandang orang ats bawah and atas bawah or takut jatuhkan maruah keluarga. Itu semua kemungkinan yang akan terjadi. Sebab tu anak perempuan selalu dikongkong. Contoh yang zaman sekarang, anak perempuan baru habis spm, "Nanti isi borang masuk maktab.Jadi cikgu je senang.Perempuan kalau masuk maktab senang nak dapat keje". Maka cita-cita asal nak jadi designer terkubur macam tu je ;(..Hurmmmm..Anak lelaki tak nap pulak dipaksa masuk maktab jadi cikgu =.=''

4. Susah nak dapat barang

Anak perempuan memang susah nak dapat barang dari anak lelaki. Cuba mintak kereta sebiji mahu dilempang laju-laju oleh parents. "Nanti nak beli kereta sebiji la. Senang sikit nak g keje". "Alahhh..pergi naik bas je lah.Ibu and ayah nak beli kereta bukan ada duit pun"..Hurmmm..Kalau anak lelaki "UiTM tu besar la.Nak naik tangga pun beribu riban". "Okeyh nanti Sabtu ni kita g pos motor"..=.='' Kann dah cakap anak lelaki mintak apa je semua dapat. Fullstop!



Actually benda-benda ni semua dah terjadi pada saya disebabkan saya anak perempuan tunggal makanya semuanya saya sudah rasa. Memang makan hati kadang-kadang. Sentap pun ada u`ollss.Tapi nak buat macam mana. Lumrah hidup sebagai perempuan memang macam ni~





Till then, bye-bye and assalamualaikum!







Monday, September 17, 2012

Mimpi

Astaghfirullah..mimpi malam tadi betul-betul menakutkan. Apa yang saya mimpi?? Kalau setakat mimpi kene gigit pontianak ke tak pe lagi. Ni mimpi tanda-tanda kiamat. Macam cerita 2012 tu. Banjir besar yang teramat sangat sampai menenggelamkan bandar and semua kehidupan di muka bumi. Takut sangat.Ya Allah, lindungilah hambamu daripada malapetaka seperti itu. Boleh tak bayangkan tengan-tengah naik bas atas jalan di Kuala Lumpur, tiba-tiba hujan turun tak berhenti-henti. Then tiba-tiba paras air naik dengan deras. Tapi dalam mimpi ni still terselit benda-benda tak logik gak. Macam bas yang saya naik tiba-tiba boleh naik bukit-bakau dengan mudah.Lalu celah-celah hutan. Huhuhu. Tu part yang tak logik la.

Tapi dalam peristiwa tu, saya tengok manusia tenggelam dalam arus air yang deras dan sangat dalam. Sebab terlalu takut, driver bas yang saya naik tadi terus memecut laju naik ke Genting Highlands sebab atas bukit kan. Air sangat cepat naik dan terlalu deras. Bila saya sampai di puncak Genting Highlands dah terlalu ramai manusia kat situ. Time dalam kesesakan ni boleh pulak terpikir nak buat bahtera macam Nabi Nuh.Hahaha. Nak buat macam mana pun tak tahulah. 

Bila dah sampai puncak tu, saya terus cari tempat yang boleh lihat view kat bawah. Nauzubillah, dah tak nampak darat langsung. Lautan yang lusat dipenuhi air yang deras. Rasa takut tu makin memuncak. Dah la tak pandai berenang kan. Ni kan pulak banjir yang terlalu dalam.Sampai boleh menenggelamkan bandar. Astaghfirullah. Takut sangat. Lepas tengok air makin naik terus cepat-cepat naik hotel and cari pelampung. Bila jumpa je pelampung terus mintak member masukkan angin dalam pelampung. *Ok boleh plak jumpe housemate dalam mimpi ni kan =p.

Bila dah siap-siap masuk angin terus duduk kat satu tempat and bertawakal. Tak tahulah hidup atau mati. Tapi satu perasaan yang ada pada masa itu TAKUT yang teramat sangat!

Wednesday, May 9, 2012

saya xmau org kedah!

Dulu masa start study kat IPSAH mak-mak sedara, sepupu-sepapat, member-member, bff semua cakap macam ni :


scene 1

Mak sedara : Brape lama blaja sane?
Aku : 5 thun setengah je..
Mak sedara : oishhh..lame tu..dapat orang utara la nanti yer!
Aku : Ehh..tak nak laa..nak cari orang johor je..hehe

scene 2

Member : Weyh, kau dpt study mane babe?
Aku       : Utara seyh.Tak nak jauh pulak kan.
Member : Kau kawen dengan orang kedah je la nanti weyh..haha
Aku        : Tak mau aku! =.=''


      
    Tu baru nak start belajar kat IPSAH, dah semua orang cakap saya dapat orang utara. Dalam hati, ish memang tak mau langsung orang utara. Bukan apa, masa mula-mula start belajar dulu sangat-sangat tak berkenan dengan cara orang utara cakap. Habis putar belit lidah nak cakap satu perkataan tambah huruf 'k' and 'q'. Tapi jangan salah faham pulak, saya bukan benci orang utara. Even mak sedara pun ada duduk kat kedah ni. Hehehe. Orang utara jangan marah naaa..Ceq cakap je..hehe. Tapi kan, orang cakap jangan sebut perkataan 'benci' or 'tak suka' sebab nanti tu la yang kita dapat. 


scene 3

Aku  : ish..menyampah betol dengar si polan tu cakap. Tak bley ke guna bahasa standard sikit.Huhu.
Member : Ang jangan nak benci-benci shi, sat g ang dpt orang sini baru tau!



     Kesimpulannya, semua orang sekeliling saya memang mendoakan saya dapat orang utara eh? Masin betul mulut korang semua kan.Haha~





Till then, bye-bye and assalamualaikum readers! =)


Friday, May 4, 2012

i`m back!

Yeah! Finally i`m finished my practicum. The whole three months had gave the best wonderful memories that will be always remember.  The  environments of the school , the students , the teachers and also the staffs, they were all awesome! Great people to meet ^_^ . So right now, i have a lots of time to update my silly milly blog that have been left for many months.Hehehe. So, nothing else i can say, just to say 'Yeah! I`m back in blogging'.


This is one of the pictures that have been taken in Ranau, Sabah. 


Till then, bye-bye and assalamualaikum!
Please excuse my grammar because i`m just write and still learn =)

Friday, January 27, 2012

i need someone...

saya tak bersedia langsung nak balik sungai petani. right now i`m still crying. i need someone to tell everything about what i feel right now..someone that i can cry in front of him/her..someone that can make me feel calm.. bila teringat apa yang jadi pada ayah saya mesti nangis.luaran saya nampak happy and ceria.ketawa dengan orang , but deep inside my heart nobody knows how what i feel right now..nobody knows...

Tuesday, January 17, 2012

strong daughter need a strong heart!

For the God sake, please save my only father.Panjang kan lah umur ayah sehingga dapat melihat kelima-lima anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Ya Allah, he is the only father that i have in this tiny world. Walau seteruk mana keadaannya, sembuhkan lah ayah seperti sediakala. At this time, i feel like i need doreamon to open his magic door to bring me back straight to Batu Pahat. Ini lah dugaan kalau belajar jauh. Hanya doa yang mampu diiringi =(  I`m counting days to see him...


I`m crying like a baby in the toilet. That`s the only way i can do to feel calm

Thursday, January 5, 2012

New semester begin!

      Yeah! This year will be my final. Huhu. Memang excited. Akhirnya masuk juga saya ke tahun akhir. 4 tahun setengan bertapak di bumi SP macam-macam pengalaman dapat ^^. Cuma yang tak best bagi semester kali ni jadual kuliah terlalu padat. Bayangkan kelas start pukul 8 pagi and habis dalam pukul 4-5 petang. Ouchhh! Really annoying la and sangat-sangat penat. Tapi nak buat macam mana kan, sem ni ada praktikum 3 bulan di sekolah and interaksi kuliah just ada 4 minggu je. Topik subject EDU and Penyelidikan Kajian Tindakan nak tak nak kene jugak habiskan. Lagi-lagi bile dapat lecturer yang skema -.-".


Ni lah akibatnya kalau kuliah sangat bosan.Everything about facts and theory.

   
 First day masuk kuliah dan memerah otak fikir tajuk proposal. Habis kering cecair otak. Hahaha. And alhamdulillah my tajuk for proposal was accepted! So excited ^^. Tapi tak tahulah dapat jalankan or tak. Hopefully tak ada masalah. Lecturer baca tajuk proposal je terus cepat-cepat cakap "okeyh.you get it.cop cepat-cepat tajuk ni!".  Harap-harap praktikum 3 bulan will be succeed! Rabbi yassir wala tu`assir ^_^


Till then, bye-bye and assalamualaikum!