Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

lots of love!

Masa dulu selalu berangan nak someone yang boleh bagi bunga ros.Tak kisahlah sekuntum ke dua kuntum ke tiga kuntum ke or berkuntum-kuntum lagi baik! Hehehe. Everytime birthday selalu harap impian akan jadi kenyataan. Cewaaahh! Hahaha~ Tapi benda macam ni selalu nya boyfriend je akan bagi. Time berangan dulu-dulu tak ada boyfriend or someone special lagi, so tak da lah nak dapat bunga ros bagai. But this year, everything was different. I`ve found someone yang betul-betul boleh meruntuhkan jiwa! Muahahaha~ And birthday this time juga impian saya tercapai. I`ve got 23 roses for my 23rd birthday!Tq love. And suka sampai naik bulan kau jah! Hahaha.







Till then, bye-bye! =)

Tuesday, July 31, 2012

Iftar with him

Owh, dah lama rasenye tinggalkan blog ni. Hehehe.Bersawang sudah. Al-maklumlah, busy dengan tesis. Tido ingat tesis, makan ingat tesis and mandi pun ingat tesis. 3 months more to go. Yeah ,then i`ll officially graduate as a degree holder! Hoyeahhh!

Okeyh ni citer last week. Iftar with him. Dah tak ada tempat lain nak dituju melainkan Penang semata-mata =). So, we have our Iftar at Eastin Hotel. Disebabkan kita orang tengah jalan-jalan kat Queensbay, so Eastin   was the nearest place to go.



Took from Mr.G : Eastin Lobby


Also took from Mr.G =)



So, buffet nye lebih kurang macam ni la. Tak sempat nak tangkap-tangkap gambar.Huhu~



And us! ^^



Overall, this was the best Ramdhan buffet that i ever have. The food was nice and tak terlarat dah nak makan masuk perut ni. Hehehe. Thanks to you sayang! ^_^



Till then, bye-bye and assalamualaikum!






Friday, May 25, 2012

3 words for u!




i love u mister! =)

a day with u!

Ok, feel so release being at home. Tiga bulan tak balik Johor and at last balik juga semalam. Home sweet home! Dah tiga bulan tak balik rumah macam-macam benda baru muncul. Next time, i`ll post about my home beacause right now nak cerita pasal semalam! Hehehe~




Yesterday, after finished my very last paper for this sem terus cabut balik rumah sewa. Just for one reason! Sebabnya saya hendak habiskan masa bersama my mister before balik kampung. So, kita orang just habiskan masa dekat Gurney. We have our lunch at Kenny Rogers and have some fun watching Man In Black 3.


we both! =)




Our dishes and beverages. 

Ni second time makan dekat Kenny Rogers sebab family sangat jarang-jarang sekali makan dekat sini. Kalau ajak family makan dekat sini mesti dorang cakap, 'Alaaa..ayam panggang je pun. Wat BBQ kat rumah lagi best" Hehehe~ Sejak akhir-akhir ni macam sudah addict dengan chocolate ice blended. Masuk kedai je order ice blended. Nasib bain la dekat warong or mamak tak ade ice blended kan.Kalau tak mesti dah cakap ' Mamak bagi chocolate ice blended satu! 'hahaha-





And then, sementara tunggu wayang, kami habiskan masa di Tutti Fruti. Original punye ice cream rase serius milky giler! Euwwww~



Masuk-masuk dalam panggung je tengok tak ada orang. Hahaha. May be kita orang pergi time orang kerja kan. Tu yang tak ada orang. Tapi dalam 10 minit lepas tu barulah masuk dua tiga orang hamba Allah.Huhuhu~ Kami tengok Man In Black 3. Over all cerita tu best la jugak sebab saya memang layan cerita-cerita Man In Black dari kecik lagi. Hihihi~


 Before wayang mula, kita orang yang berwayangan dulu! Teheeeee~


Habis sudah setengah hari bersama si dia! Will see u sayang after three weeks! ^_^




Till, then bye-bye and assalamualaikum readers!




Monday, May 7, 2012

Ini Kisah C.I.N.T.A saya

      
      O.K sebelum baca entry ni, sila sediakan baldi di tepi. Yela..takut lepas baca rase nak muntah pulak kan.Hehehe. And sebelum baca entry ni juga, dengar lagu cintan cintun dulu. Baru ada feeling sikit nak baca. Heee =p . Actually, entry ni kisah cinta saya! Hehehe. Well, benda ni tak patut pun tulis dalam blog , tapi entahla..tangan still gatal nak tulis jugak! =)

       Kisah cinta saya bermula dengan cinta monyet.Hehehe. Situasi cinta monyet selalu time sekolah kan. Tapi dulu saya sekolah semua perempuan and tak ada lelaki.So, macam mana saya bertemu dengan lelaki yang menarik saya ke alam cinta monyet? Hehehe. Kite orang actually jumpa masa time main bowling. Saya tak kenal dia and dia pun tak kenal saya. And dia adalah student Teknik JB. Kita orang kawan and kawan macam biasa sehinggalah ke alam cinta monyet! Tapi just tahan untuk beberapa bulan je. Then, kita orang putus. Masa tu form 4. Lepas habis SPM, kita orang couple balik and time tu saya tengah kerja part time as sales assistant di Pacific. Lumrah orang kerja swasta kan, balik pun tengah malam. Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Hubungan kita orang time tu jadi retak. Dia pun dah start dengan life dia dekat U and dikelilingi oleh girl-girl yang cantik. Huhu. Lepas 3 bulan couple balik, kita orang putus lagi. And saya pun malas dah nak couple-couple ni. Cinta monyet kan. Malas nak layan sangat. 

       Lepas dah dapat result SPM, dapat la pulak tawaran masuk maktab. Dekat maktab saya kenal dengan seorang budak lelaki. Yes! Satu batch and saya sendiri memang tak kenal dia langsung. Kita orang 'terkenal' ni pun sebab one of my classmate bagi ID YM kat budak lelaki ni. So, dari YM tu la kita orang kenal and start chatting until timbul satu perasaan dari suka kepada sayang. Walaupun kita orang chatting and message bahasa kan diri 'kau and aku' perasaan tu tetap nak datang. Tapi orang cakap, langit tak selalu cerah, mendung pasti akan datang. Cewahh! Betul ke tak ntah ayat ni. Hehehe. For once in my life, saya menangis kerana seorang lelaki. Bila dia cakap ex girlfriend dia nak balik semula pada dia, hati ni hancur berkecai berderai-derai.Perghhh! HuHu. Time ni layan lagu semua lagu-lagu putus cinta.Hahaha. Layan kan hati yang merana.Hahaha! Saya mula renggang dari dia. Yelah, prinsip yang saya pegang sampai sekarang, 'jangan kacau hubungan orang lain!' . So, saya jarang contact dia and even kalau terserempak dekat maktab dengan dia rasa macam janggal gila. Nak senyum pun dah jadi susah. Time ni, saya teringat balik every single word yang dia pernah text pada saya especially ayat ni 'kau ingat aku senang-senang nak lepaskan kau'. Yes untill today i still remember it. Tapi tak tahulah dia ingat ke tak kan. Tapi tu semua tak kisah dah. Jadi kenangan je la kan =)

       Bila dah renggang, kita orang dah tak text macam dulu lagi. Kalau dulu, hp ni tak lepas dari tangan. Hahaha. Even time lecture pun tangan dok text dia lagi. Tapi bila dah jadi macam ni, hp pun jadi sunyi. Inbox pun tak banyak msg.Hahaha. Kredit pun jadi jimat.Heeeee. Tapi, dalam diam hati masih pada dia.Tiap-tiap hari jadi stalker dia. Tengok fb dia. Hahaha. Adeiii. Bukan tiap-tiap hari, setiap masa. Sampailah dia buat in relationship dengan ex girlfriend dia balik. Ok fine. Ouchhh! Berjurai-jurai air mata keluar mengalahkan air terjun amazon! Huhu. Nak buat macam mana kan. Dah orang dapat yang lebih baik. Yelahh.Dia doctor and kita cikgu je. Tak pe lah. Lepaskan semua ni and pegang prinsip yang kedua, life must go on. Tiga tahun ambil masa nak lupakan dia. Yup! 3 tahun. Bukan senang ok. Bila dah ada sayang, bukan senang nak buang dalam tong sampah macam tu je. 

        Masuk umur 22, mula dah fikir nak cari calon. Dalam hati fikir nak cari cikgu je. Yela. Senang kan. Cuti pun sama. Hehehe. So, saya mula lah berkawan dengan budak maktab lagi. Saya kawan-and kawan and kawan dengan dia. Satu masalah yang ada pada dia ni, dia terlampau pemalu. So, saya yang kene bergerak sikit ke depan. Saya cuba bagi hint-hint nak bagi tau saya suka dia.Tapi nampak gaya macam tak jalan. Mungkin dia memang tak suka saya kot. Hahaha. Tapi, seriously saya cakap, saya memang selesa dengan dia. Kalau ada masalah dekat maktab memang saya akan cerita dekat dia. Pada hal, kita orang ni tak pernah tegur pun kalau jumpa. Yelaa..dia pemalu kan. Hahaha. Bila saya dah cuba-cuba bagi hint tapi dia macam tak layan, so saya ambil keputusan untuk berundur balik. Mungkin lebih baik saya dan dia hanya jadi kawan je. Dan ini mungkin yang terbaik untuk saya dan dia =)

        Daripada kedua-dua pengalaman saya, dua-dua orang yang saya pernah suka dan sayang ni cakap satu ayat yang sama " YOU DESERVE SOMEONE BETTER THAN ME".  So, saya pun mula mengamalkan prinsip yang ketiga,'YES, I`M DESERVE SOMEONE BETTER THAN YOU'. Kalau orang lelaki dah cakap macam tu, lupa kan saje dia. Memang saya berhak dapat yang lebih baik daripada mereka =)

Dan sekarang, i found someone who really deserve  me! Yes. I found. Prinsip saya yang keempat, 'Sayang pada orang yang betul-betul sayang pada diri kita' =) . And for you sayang, saya tak akan sia-sia kan awak =) May Allah bless our relationship.Ameen.



he really need some practice to smile nicely! ouchh~





till then, bye-bye and assalamualaikum =)

Friday, May 4, 2012

this post is for you!

we have been together for 1 month and 14 days. thanks for coming to my life mr! =)


me heart u =)