Sunday, June 12, 2016

Salam Ramadhan

Alhamdulillah.Bertemu juga dengan Ramadhan kali ini. Tahun ni sambut Ramadhan best sebab dalam cuti sekolah. Well, boleh lah amik kesempatan balik kampung.Yeay! Seminggu berkampung kat Batu Pahat and today dah ada di Penang balik. Setelah 3 bulan tak balik BP and Sara pun dah lama tak jumpa atok and nenek, so dia jadi takut2 gitu. Yela macam org baru kenal kan. Tapi after a few days, dia ok dah. Boleh mesra dah dengan atok and nenek. Nanti raya kita jumpa lagi k atok and nenek 💋

Dalam gembira kat kampung, tiba-tiba dapat berita sedih cousin meninggal di Canada. Allahurabbi. Tak kuat rasenye dengar. Sedih sangat. My late cousin dah tahun akhir menuntut di Canada and next month will be his convocation. He died at the age of 23. Kalau kita sendiri dah sedih, apa lagi perasaan parents dia kan. Hanya Allah yang tahu. Oleh sebab prosedur pengurusan jenazah memakan masa, family redha kebumikan anak di bumi Canada. Sedih sangat bila tengok gambar jenazah dikebumikan. From Allah we come and to Allah we shall return. We as His creatures belongs to Him. Semua dah tertulis. 😢 Semoga arwah cousin di tempatkan dalam kalangan orang beriman.Insyallah.



Friday, June 3, 2016

Anak dara

Dah hampir seminggu cuti sekolah. Eh tapi masih kat Penang lagi. Nak balik batu pahat tapi parent ke bali pulak. So weekend ni baru balik batu pahat. Dalam cuti ni boleh la pantau Sara and main dengan dia.Kalau hari kerja macam kurang masa nak bersama dia. Yelah terkejar kerja sekolah, kerja rumah lagi.Nak menghadap dia pun kejap-kejap je.

Since Sara dah pandai merangkak and panjat-panjat ni, mulalah nampak kemahiran dia mengemas rumah.Wahh! Mainan bersepah.Pergi dapur punggah barang dapur. Duduk depan toilet main sabun basuh baju. Habis suku sabun basuh baju dia buat main. Siap jilat tangan lagi. Tanjat mama dia. Laju- laju bawak bersihkan lidah and basuh mulut. Kesan daripada main sabun tu, satu.hari badan Sara kene peluk cium mama.Wangi tak pasal! 😄


Monday, May 30, 2016

My teacher's day!

Eh lame pulak tak update.Actually laat week banyak sangat event kat school and tak terkejar nak update post. So this week dah start cuti sekolah, bolehlah update something kan.Yeay!

Last week sekolah sambut teachers day. Ada 3 part actually. The.first one we all celebrate kat Mc'd. The second one, celebrate kat school and the third one celebrate kat Paradise Hotel. Unfortunatelly, I missed the third celebration because need to go kursus. Sedih.
But it's okay sebab saya skan sambut hari guru bertahun-tahun lagi.Insyallah kalau umur panjang.

So, jom ushar pics.








Till then, bye2 and see u again readers!

Monday, May 16, 2016

16 Mei

Jadi hari ini jatuh 16 Mei. As a teacher inilah satu satunya tarikh yang boleh menggembirakan hati kita. Suppose to be hari ini adalah sambutan hari guru. Unfortunately, sambutan sekolah saya ditangguhkan kepada 27 Mei. Rasa macam.O.k dah lama sangat and tak der feel sambutan nanti sebab dalam kepala students 16 Mei adalah tarikhnya. Tapi tak apelah. Kita tunggu je lah 27 Mei nanti yer.

So pagi tadi bangun husband dah wish happy teachers day! Dapatlah pulak hadiah durian 3 biji.Ouchhhh.Dari minggu lepas ngidam nak makan.Yeayyy! Makan puas-puas sebelum pergi sekolah. Pergi sekolah pun nak pakai cantik-cantik and pilih baju warna bright gituw even tak ada sambutan hari guru tapi semangat tu perlu ada.Kahkahkah!



Masuk waktu pdp students dah bising-bising nak bagi hadiah. Satu benda yang seronok bila kita mengajar students primary school ni walau macam mana garang kita pada dia orang , mereka tetap akan menghargai kita. Lagi-lagi murid yang kita selalu marah-marah, jerit-jerit.Dia lah yang akan sibuk nak bagi hadiah and buat kad ucapan semua. To all my beloved students, thank you for all the gifts. Ingat cikgu didik awak bukan kerana hadiah tapi ikhlas nak awak pandai dalam semua aspek kalau boleh.

So itulah cerita untuk hari ini 16 Mei 2016. Sekian

Saturday, May 7, 2016

Sepetang bersama Sara!

So today is Saturday.Awal-awal pagi lagi dah bangun tinggalkan Sara dengan papa since mama kene kerja hari ni. Masa saya dah kat sekolah husband asyik send pics Sara je bagi tau tengah buat ape. Sara pulak ada masa nak merap.Hehe.Cabaran yer semua tu papa.

Jadi petang ni saya pula take turn jaga Sara because husband dah pergi kerja. Maka berdualah kami di rumah. So, I take a chance bawa Sara jalan-jalan around apartment and area pool.Sambil-sambil tu kita belajar pasal nature yer.Advance gitu! =p Bagi sentuh daun-daun,pokok-pokok and tengok warna-warna bunga.At least tak adelah duduk merap dalam rumah je kan.Boring!

Bila sampai area pool bermulalah episod Sara terjerit-jerit pada budak-budak yang tengah mandi dalam pool.Garang tau sebenarnya Sara ni.Hehe.Dia marah-marah sambil jerit-jerit. Sebenarnya nak masuk main air jugak lah tu.No no no.Papa tak ade mama tak pandai na handle Sara dalam pool.So esok pagi je lah yer kite terjun =)




Till then, bye-bye and see you again! =)