Friday, November 2, 2012

gagal sekali tak bermakna gagal seumur hidup

Alhamdulillah..masih lagi bernafas di pagi Jumaat ini. Bahagia betul rasa Jumaat kali ini sebab tak banyak benda nak difikirkan lagi.Kalau hari-hari yang lepas, serabut fikir pasal praktikum, internship, assignments and exam tapi sekarang dah relaks.Walaupun still ada satu paper lagi to go through, tapi otak dah tak seberat dulu.

Semester ni bakal berakhir, maka berakhirlah tanggungjawab saya di bumi sungai petani. 5 tahun setengah menghabiskan sisa hidup sebagai seorang pelajar, banyak kenangan diperolehi. 5 tahun setengah jugak dok ulang -alik selatan utara.Banyak kenangan pahit and manis yang dapat. Di tahun-tahun akhir ni jugak berjumpa dengan si handsome.Hehehe. Termakbul jugak doa di Jabal A-Rahmah tahun lepas. Lepas ni saya di selatan and awak kat utara. Hurmmm.Masing-masing ada tanggungjawab sendiri. Insyallah kalau ada jodoh tak akan kemana. Saya akan tunggu awak =).

Dalam 5 tahun ni jugak, bermulalah kecemerlangan dalam hidup saya. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. Ada kala yang gagal tu yang membuatkan kita lebih berazam untuk cemerlang. Masa time UPSR, PMR and SPM saya gagal nak dapat staraight A. Bila saya gagal, saya rasa sedih yang teramat sebab ibu and ayah menaruh harapan yang tinggi. Tapi, satu hari kan ibu datang kat saya, lepas tu dia suruh saya lukis satu jenis pokok yang tak pernah wujud dalam dunia ini. Actually, ibu adalah seorang kaunselor. So mungkin daripada imej yang saya lukis dia dapat tafsirkan sesuatu. 

So, Saya pun lukis lah pokok yang pelik tu. Saya dah tak ingat apa makna keseluruhannya, tapi satu benda yang saya ingat sampai sekarang apa yang ibu cakap, 'Angah akan cemerlang jugak pada masa akan datang nanti'. Saya berpegang dengan kata-kata ibu and saya dapat buktikan pada ibu and ayah bila kejayaan demi kejayaan saya dapat sepanjang 5 tahun saya belajar. Alhamdulillah. Mungkin saya tak terlalu cemerlang, tapi peringkat cemerlang sudah saya capai! Terima kasih ibu and ayah atas doa kalian. Doa ibu and ayah adalah yang paling mujarab untuk kita sebagai seorang anak.

Cita-cita saya nak dapatkan first class degree tapi rasanya susah nak capai sebab standard yang IPG tetapkan untuk dapat first class sangat tinggi 3.8 and above! Susah u`oulllls. Dapat second class upper pun dah bersyukur. Actually, kalau dapat first class degree ingat nak mohon biasiswa sambung master.Senang sikit nak dapatkan. Tapi kejayaan perlukan usaha. Mungkin usaha tak cukup lagi kan. Huhu. Tapi tetap bersyukur. Mungkin orang cakap, alaa cemerlang pun bukan boleh bawak ke mati. Cemerlang mana pun jadi cikgu juga. Gaji sama sume same.Ye memang betul. Setuju sangat-sangat. Tapi dengan kecemerlangan ni lah saya dapat balas jasa ibu and ayah. Saya berasa puas bila ibu and ayah tersenyum gembira walaupun dalam hati je bila tengok anak yang dia jaga dari kecik sampai ke besar dapat berjaya dengan cemerlang. Terima kasih Allah~

So, sape-sape yang pernah gagal, jangan lah putus asa.Kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha. 



Selingan gambar spek lalat! Hahaha.Ni lah susah kalau idung tak mancung pipi tersorong2 nak pakai spek besar gak! Hahahaha


Till then, bye-bye and assalamualaikum! =)

No comments:

Post a Comment