Monday, September 24, 2012

Realiti bukan fantasi!

Sepanjang saya hidup selama 23 tahun ini, menjadi anak perempuan tunggal bukan satu yang mudah. Orang mesti cakap 'eh anak perempuan tunggal, untunglaaa!'. Apa yang untungnya saya pun tak tahu. Tapi dari sudut faraid jadi anak perempuan tunggal beruntung jugalah daripada yang ada adik beradik perempuan yang ramai. Jadi anak perempuan tunggal ni kadang-kadang memang tak best! Nak tahu nape? Meh kita tengok :


1. Bosan


Ok sangat bosan. Kalau ada adik beradik perempuan yang lain petang-petang boleh main anak-anak patung or main masak-masak or main batu seremban. Tapi kalau dah jadi anak perempuan tunggal nak ajak sape? Ibu, ayah or adik beradik lelaki? Sampai ke sudah dorang wat tak layan punya. Last2 join la jugak budak-budak lelaki main perang-perang =.="

2. Semua keje kena buat

Benda ni memang selalu terjadi. Bila dah jadi anak perempuan, semua keje kene buat. 'Eh pergi tolong ibu kat dapur tu'. 'Rumah ni pasal kecah? Anak dara tak kemas rumah ke?" or 'Nanti masak asam pedas kepalaikan.Ibu ada meeting kat sekolah'. Sape yang kene buat semua tu? Anak perempuan la kan. Dah sorang-sorang anak dara masuk dapur masak untuk 5 kepala yang tahu makan and komplain je! Lepas tu dah abes buat kat dalam, kene jugak buat dekat luar. Cabut-cabut rumput. Sapu sampah bagai. "Ni anak dara, esok bangun pagi tolong buat kerja dekat laman sekali. Jangan tahu sapu rumah and mop lantai je kat dalam". Anak laki tak da nya pulak nak suruh sapu dalam rumah sekali. Anak perempuan sampai ke luar-luar kene buat kejenya! It`s not fair~

3. Dikongkong

Benda ni selalu jadi dekat mana2 anak perempuan.Tak percaya cuba tanya dorang.Hahaha. Anak perempuan memang selalu dikongkong. Yelah, orang dulu-dulu penah cakap kan jaga sembilan orang anak lelaki lagi mudah dari jaga sorang anak perempuan. Saya pun tak tahu nape orang dulu-dulu cakap macam tu. Mungkin takut anak perempuan membunting or dipandang orang ats bawah and atas bawah or takut jatuhkan maruah keluarga. Itu semua kemungkinan yang akan terjadi. Sebab tu anak perempuan selalu dikongkong. Contoh yang zaman sekarang, anak perempuan baru habis spm, "Nanti isi borang masuk maktab.Jadi cikgu je senang.Perempuan kalau masuk maktab senang nak dapat keje". Maka cita-cita asal nak jadi designer terkubur macam tu je ;(..Hurmmmm..Anak lelaki tak nap pulak dipaksa masuk maktab jadi cikgu =.=''

4. Susah nak dapat barang

Anak perempuan memang susah nak dapat barang dari anak lelaki. Cuba mintak kereta sebiji mahu dilempang laju-laju oleh parents. "Nanti nak beli kereta sebiji la. Senang sikit nak g keje". "Alahhh..pergi naik bas je lah.Ibu and ayah nak beli kereta bukan ada duit pun"..Hurmmm..Kalau anak lelaki "UiTM tu besar la.Nak naik tangga pun beribu riban". "Okeyh nanti Sabtu ni kita g pos motor"..=.='' Kann dah cakap anak lelaki mintak apa je semua dapat. Fullstop!



Actually benda-benda ni semua dah terjadi pada saya disebabkan saya anak perempuan tunggal makanya semuanya saya sudah rasa. Memang makan hati kadang-kadang. Sentap pun ada u`ollss.Tapi nak buat macam mana. Lumrah hidup sebagai perempuan memang macam ni~





Till then, bye-bye and assalamualaikum!







No comments:

Post a Comment