Monday, September 17, 2012

Mimpi

Astaghfirullah..mimpi malam tadi betul-betul menakutkan. Apa yang saya mimpi?? Kalau setakat mimpi kene gigit pontianak ke tak pe lagi. Ni mimpi tanda-tanda kiamat. Macam cerita 2012 tu. Banjir besar yang teramat sangat sampai menenggelamkan bandar and semua kehidupan di muka bumi. Takut sangat.Ya Allah, lindungilah hambamu daripada malapetaka seperti itu. Boleh tak bayangkan tengan-tengah naik bas atas jalan di Kuala Lumpur, tiba-tiba hujan turun tak berhenti-henti. Then tiba-tiba paras air naik dengan deras. Tapi dalam mimpi ni still terselit benda-benda tak logik gak. Macam bas yang saya naik tiba-tiba boleh naik bukit-bakau dengan mudah.Lalu celah-celah hutan. Huhuhu. Tu part yang tak logik la.

Tapi dalam peristiwa tu, saya tengok manusia tenggelam dalam arus air yang deras dan sangat dalam. Sebab terlalu takut, driver bas yang saya naik tadi terus memecut laju naik ke Genting Highlands sebab atas bukit kan. Air sangat cepat naik dan terlalu deras. Bila saya sampai di puncak Genting Highlands dah terlalu ramai manusia kat situ. Time dalam kesesakan ni boleh pulak terpikir nak buat bahtera macam Nabi Nuh.Hahaha. Nak buat macam mana pun tak tahulah. 

Bila dah sampai puncak tu, saya terus cari tempat yang boleh lihat view kat bawah. Nauzubillah, dah tak nampak darat langsung. Lautan yang lusat dipenuhi air yang deras. Rasa takut tu makin memuncak. Dah la tak pandai berenang kan. Ni kan pulak banjir yang terlalu dalam.Sampai boleh menenggelamkan bandar. Astaghfirullah. Takut sangat. Lepas tengok air makin naik terus cepat-cepat naik hotel and cari pelampung. Bila jumpa je pelampung terus mintak member masukkan angin dalam pelampung. *Ok boleh plak jumpe housemate dalam mimpi ni kan =p.

Bila dah siap-siap masuk angin terus duduk kat satu tempat and bertawakal. Tak tahulah hidup atau mati. Tapi satu perasaan yang ada pada masa itu TAKUT yang teramat sangat!

2 comments: