Monday, May 7, 2012

Ini Kisah C.I.N.T.A saya

      
      O.K sebelum baca entry ni, sila sediakan baldi di tepi. Yela..takut lepas baca rase nak muntah pulak kan.Hehehe. And sebelum baca entry ni juga, dengar lagu cintan cintun dulu. Baru ada feeling sikit nak baca. Heee =p . Actually, entry ni kisah cinta saya! Hehehe. Well, benda ni tak patut pun tulis dalam blog , tapi entahla..tangan still gatal nak tulis jugak! =)

       Kisah cinta saya bermula dengan cinta monyet.Hehehe. Situasi cinta monyet selalu time sekolah kan. Tapi dulu saya sekolah semua perempuan and tak ada lelaki.So, macam mana saya bertemu dengan lelaki yang menarik saya ke alam cinta monyet? Hehehe. Kite orang actually jumpa masa time main bowling. Saya tak kenal dia and dia pun tak kenal saya. And dia adalah student Teknik JB. Kita orang kawan and kawan macam biasa sehinggalah ke alam cinta monyet! Tapi just tahan untuk beberapa bulan je. Then, kita orang putus. Masa tu form 4. Lepas habis SPM, kita orang couple balik and time tu saya tengah kerja part time as sales assistant di Pacific. Lumrah orang kerja swasta kan, balik pun tengah malam. Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Hubungan kita orang time tu jadi retak. Dia pun dah start dengan life dia dekat U and dikelilingi oleh girl-girl yang cantik. Huhu. Lepas 3 bulan couple balik, kita orang putus lagi. And saya pun malas dah nak couple-couple ni. Cinta monyet kan. Malas nak layan sangat. 

       Lepas dah dapat result SPM, dapat la pulak tawaran masuk maktab. Dekat maktab saya kenal dengan seorang budak lelaki. Yes! Satu batch and saya sendiri memang tak kenal dia langsung. Kita orang 'terkenal' ni pun sebab one of my classmate bagi ID YM kat budak lelaki ni. So, dari YM tu la kita orang kenal and start chatting until timbul satu perasaan dari suka kepada sayang. Walaupun kita orang chatting and message bahasa kan diri 'kau and aku' perasaan tu tetap nak datang. Tapi orang cakap, langit tak selalu cerah, mendung pasti akan datang. Cewahh! Betul ke tak ntah ayat ni. Hehehe. For once in my life, saya menangis kerana seorang lelaki. Bila dia cakap ex girlfriend dia nak balik semula pada dia, hati ni hancur berkecai berderai-derai.Perghhh! HuHu. Time ni layan lagu semua lagu-lagu putus cinta.Hahaha. Layan kan hati yang merana.Hahaha! Saya mula renggang dari dia. Yelah, prinsip yang saya pegang sampai sekarang, 'jangan kacau hubungan orang lain!' . So, saya jarang contact dia and even kalau terserempak dekat maktab dengan dia rasa macam janggal gila. Nak senyum pun dah jadi susah. Time ni, saya teringat balik every single word yang dia pernah text pada saya especially ayat ni 'kau ingat aku senang-senang nak lepaskan kau'. Yes untill today i still remember it. Tapi tak tahulah dia ingat ke tak kan. Tapi tu semua tak kisah dah. Jadi kenangan je la kan =)

       Bila dah renggang, kita orang dah tak text macam dulu lagi. Kalau dulu, hp ni tak lepas dari tangan. Hahaha. Even time lecture pun tangan dok text dia lagi. Tapi bila dah jadi macam ni, hp pun jadi sunyi. Inbox pun tak banyak msg.Hahaha. Kredit pun jadi jimat.Heeeee. Tapi, dalam diam hati masih pada dia.Tiap-tiap hari jadi stalker dia. Tengok fb dia. Hahaha. Adeiii. Bukan tiap-tiap hari, setiap masa. Sampailah dia buat in relationship dengan ex girlfriend dia balik. Ok fine. Ouchhh! Berjurai-jurai air mata keluar mengalahkan air terjun amazon! Huhu. Nak buat macam mana kan. Dah orang dapat yang lebih baik. Yelahh.Dia doctor and kita cikgu je. Tak pe lah. Lepaskan semua ni and pegang prinsip yang kedua, life must go on. Tiga tahun ambil masa nak lupakan dia. Yup! 3 tahun. Bukan senang ok. Bila dah ada sayang, bukan senang nak buang dalam tong sampah macam tu je. 

        Masuk umur 22, mula dah fikir nak cari calon. Dalam hati fikir nak cari cikgu je. Yela. Senang kan. Cuti pun sama. Hehehe. So, saya mula lah berkawan dengan budak maktab lagi. Saya kawan-and kawan and kawan dengan dia. Satu masalah yang ada pada dia ni, dia terlampau pemalu. So, saya yang kene bergerak sikit ke depan. Saya cuba bagi hint-hint nak bagi tau saya suka dia.Tapi nampak gaya macam tak jalan. Mungkin dia memang tak suka saya kot. Hahaha. Tapi, seriously saya cakap, saya memang selesa dengan dia. Kalau ada masalah dekat maktab memang saya akan cerita dekat dia. Pada hal, kita orang ni tak pernah tegur pun kalau jumpa. Yelaa..dia pemalu kan. Hahaha. Bila saya dah cuba-cuba bagi hint tapi dia macam tak layan, so saya ambil keputusan untuk berundur balik. Mungkin lebih baik saya dan dia hanya jadi kawan je. Dan ini mungkin yang terbaik untuk saya dan dia =)

        Daripada kedua-dua pengalaman saya, dua-dua orang yang saya pernah suka dan sayang ni cakap satu ayat yang sama " YOU DESERVE SOMEONE BETTER THAN ME".  So, saya pun mula mengamalkan prinsip yang ketiga,'YES, I`M DESERVE SOMEONE BETTER THAN YOU'. Kalau orang lelaki dah cakap macam tu, lupa kan saje dia. Memang saya berhak dapat yang lebih baik daripada mereka =)

Dan sekarang, i found someone who really deserve  me! Yes. I found. Prinsip saya yang keempat, 'Sayang pada orang yang betul-betul sayang pada diri kita' =) . And for you sayang, saya tak akan sia-sia kan awak =) May Allah bless our relationship.Ameen.



he really need some practice to smile nicely! ouchh~





till then, bye-bye and assalamualaikum =)

6 comments:

  1. ncem lahh boyfie kak shila..semoga berbahagia :))

    ReplyDelete
  2. lapaq nasi minyak la plak =P

    ReplyDelete
  3. wahhh2~
    cm x caya tgh bca blog ang!
    btw~ cngrate!finally u find ur mr.right :)

    ReplyDelete
  4. zack: uihh.lame lgi tu..haha
    pipah: haha.alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  5. ouchh ouchh ouchhhh
    baru nak paksa hang story kat ceq :D

    ReplyDelete