Tuesday, December 7, 2010

Jom Usha Kasut!


Semua manusia pakai kasut kan. Even kucing pon sekarang pakai kasut o.k. Kucing orang-orang kaya la. Dorang tempah khas punye. Yela, kucing mahal kan.Sape yang tak sayang! Tol tak. Kucing sekarang harga beribu-ribu even yang beratus ribu pon ade. Silap-silap hari bulan yang harga berjuta pon ade kot. O.k2 stop cakap pasal kucing.

Actually nak cakap pasal kasut je. Terlajak sampai ke kucing. Nak tanya korang suka pakai kasut brand apa? Vincci? Camel? Scholl? ke yang Jimmy Choo punye? Semua tu adalah brand-brand kasut yang hebat tapi design kasut dorang tak sehebat design kasut-kasut yang kat bawah ni. Meletopp u all!!


O.k ni kasut payung namanya. Bukan manusia je k nak pakai payung, kasut pon nak pakai payung jugak. Kasut ni di pakai apabila waktu hujan (musim tengkujuh). Kalau nak pakai musim panas pon boleh.Takut kang kulit kasut sunburn plak ;p



Ni plak kasut kereta atau lebih dikenali 'the blue car shoes'. Best tak nama tu. Akulah yang bagi.Muahahaha! Kasut ni dipakai bila ada event2 pelancaran kereta. Amat sesuai sekali! Selain daripada itu, ianya juga sesuai dipakai oleh ejen-ejen penjual kereta.


Yang ni pulak kasut penjara namanya. Tahu tak kenapa panggil kasut penjara? Kasut ini sangat sinonim dengan tirai besi. Sesuai untuk mereka yang memasuki penjara. 100% besi. Tak tipu! Serius. Tapi kasut ini tidak boleh dipakai dibawah cahaya matahari. So, kalau banduan-banduan nak pergi bersiar-siar ditaman penjara pada waktu tengah hari adalah tidak digalakkan memakai kasut ini. Boleh menyebabkan kaki anda melecur tak tentu pasal. Pihak pereka sama sekali tidak akan bertanggungjawab diatas kecuaian anda! =)


Ni tak tahu nak cakap kasut apa. Ala-ala terompah jamban gitu! Nak rasa glamour sikit kalau masok jamban boleh la pakai kasut ini yer ^_^


Serius nampak macam roti. Ke memang roti sebenar.Aishhh! Ni may be kasut tidur or kasut dalam rumah. Sedap dan sangat lembut. Sebiji macam roti!


Seterusnya, ini adalah kasut jari. Korang yang rasa suka buat jokes or memang ahli jokes jalanan boleh la beli kasut ni. Sangat menarik perhatian. Konfem pasni akan ramai punyer orang nak dengar jokes korang! Tapi kalau dorang gelak tengok bawah korang jangan marah plak sebab may be jokes korang memang tak lawak pon. Yang lawaknya kasut yang korang pakai! =)


Owh kasut ikan! Sangat sesuai untuk para nelayan pakai turun ke laut. Selesa , sedap dan unik! Tapi bila korang pakai jangan sampai ikan-ikan kat laut nampak k. Mati kejung dorang nanti bila mengenangkan nasib diri dipijak-pijak dikaki manusia.


*_____* tak nak cakap. Kasut yang aku paling benci.Sumpah aku tak akan sentuh!




Pereka-pereka kasut di atas tidak dikenali. Mungkin mereka lebih senang memisterikan diri kerana itu adalah yang terbaik. Kalau dah terkenal susah. Banyak tempahan nanti tak menang tangan plak nak buatkan. =)

2 comments:

  1. wah.. tang kasut ikan tu rasa was was.. kang berbau kaki lak.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. weee.. nak kasut kereta tu..stylo la.. hehe

    ReplyDelete