Sejak pindah masuk rumah sewa nie, banyak benda yang nak kene buat. Disebabkan wardrobe tak cukup space untuk letak baju, handbangs and beg kuliah so terpaksa la main ketuk-ketuk dinding rumah. Banyak jugaklah paku-paku diketuk dekat dinding. Yela kan, orang perempuan..banyak benda nak digantung ;p Disebabkan dinding bilik aku lembut, so tak ada masalah paku tu nak terbenam and kukuh bila diketuk. Yang masalahnya bilik housemate aku. Keras tahap gaban dinding dia. Bila ketuk-ketuk boleh terpelanting balik paku tue.
Nak dijadikan cerita..housemate aku nie kemas-kemas bilik dia. Bagi umphh sikit.Ubah position segala badai. So , dia nak ubahlah kedudukan cermin muka kat bahagian lain and ketuklah paku dekat dinding. Ketuk-ketuk tak jalan. Paku tak nak terbenam. Then panggilah housemate lagi sorang mintak tolong ketukan. Belum sempat nak ketuk kali kedua tiba-tiba ada orang ketuk balik.
Opsss! Dah agak dah. Ni mesti mak cik sebelah yang ketuk balik. O.K fine. Kita orang stop. Nak cakap ketuk tengah-tengah malam tak la pulak. Jam waktu tu menunjukkan pukul 6.15 petang. Tak kan lah mak cik tido kot time petang-petang macam nie. Tak baik mak cik. Boleh jadi gile nanti. Bahaya tue. Kang jadi gila kami jugak yang susah ;p
Tak tahu la apa masalah mak cik sebelah nie. Jiran-jiran lain o.k je. Kami yang tak o.k atau mak cik yang tak o.k?
No comments:
Post a Comment