Thursday, December 15, 2011

Kuasa Allah

      Kuasa Allah siapa yang tahu. Ini cerita saya semasa berada di bumi Mekah. Sebelum pergi Mekah 6 bulan yang lepas, kaki saya bengkak and macam ada something terbenam bawah tapak kaki. Sangat-sangat sakit. Bila pergi kuliah pakai high heel rase macam mencucuk-cucuk. At first, ingatkan sakit sikit je and may be tercucuk duri ke ape kan. Then, teringat dulu member pun penah sakit macam ni sebab tercucuk duri and finally dia buat minor operation that cost about RM1000++ . Sebab takut doktor akan potong kulit tapak kaki and main bedah-bedah so i feel like ''ishhh..tak nak lah jumpe dokto.takut''. Yup memang takut pun. Haha.Walaupun akan dibius bagai tapi tetap takut. So, saya bagi tahulah member yang penah sakit kaki tu and she gave me cream untuk disapu. Dia cakap doktor bagi ubat cream ni and kena sapu dekat tempat yang sakit tu. So, sapu and sapu and sapu tetap tak ok. Kulit tapak kaki jadi keras. Dan mula lah tangan ni gatal-gatal ambil nail clipper and ketip bahagian kulit-kulit yang keras tu. Sampaikan satu tahap saya tak tahan, saya ketip sampai keluar darah just want to know what is really wrong with my sole. Tapi tak jumpa apa-apa even duri pun tak ada sebenarnya. Bila dah berdarah bagai, esoknya pergi kuliah kaki dah terhincut-hincut dah. Haha.Nasib.

        Bila kaki dah sakit macam ni and semakin teruk, saya bagi tahu ibu and dia cakap pergilah jumpa doktor. Tapi orang kalau dah penakut memang penakut.Haha. Tak suka jumpa doktor sebenarnya. Even doktor gigi pun tak suka gak! Hehehe. Hati makin risau. Asyik fikir je macam mana nak buat umrah kalau kaki sakit macam ni. Macam mana nak buat tawaf? Macam mana nak buat sai`. Semua memerlukan kaki. Hurmmm. Before berangkat ke tanah suci, just doa banyak-banyak je kaki akan okeyh. 

            Bila sampai di Kota Mekah, alhamdulillah sebab hotel tak jauh sangat dari Masjidil Haram.Just kene naik turun tangga je sikit. 4 hari yang pertama di bumi Mekah kaki memang sakit. Masa first day buat umrah pukul 12.30 malam waktu Mekah kaki memang sakit and masa tu sangat-sangat letih. Tapi sebab niat, semuanya berjalan dengan baik and umrah pertama dapat ditunaikan. Lepas tawaf, saya buat sai`. And masa tu la kaki lagi sakit especially time naik and turun bukit safa and marwah.Even bukit tak adalah tinggi mana tapi sebab tapak kaki menahan tu yang sakit. Tapi, alhamdulillah tak ada apa-apa yang serius pun berlaku.

         Masuk hari ketiga, buat tawaf sunat dengan family. Ibu saya suruh niat dalam hati semoga Allah sembuhkan sakit. And masa tu jugak, lutut ibu pun saki-sakit jugak. Lepas tawaf sunat terus pergi ambil air zam zam and sapukan pada bahagian tapak kaki.Ibu pun sapu pada lutut juga. Everytime masuk masjidil haram and buat tawaf sunat mesti sapu air zam zam dekat tapak kaki. Hari yang kelima, saya tak tahan sangat dengan tapak kaki ni terus ambil nail clipper and buang lagi kulit-kulit keras tu sampai berdarah. Lepas tu masuk bilik air terus basuh dengan air zam zam. Masa nak pergi sembahyang maghrib memang kaki terhincut-hincut la. Hahaha. Macam biasa la kan. Tahan je la. 

           Esok pagi bangun tidur nak pergi sembahyang subuh terus tengok tapak kaki.Okeyh atau tak. Tengok-tengok dekat bahagian tapak tu macam ada darah beku warna hitam. Mungkin memang satu yang common kot kalau ada darah beku kan. So, macam biasa buang lagi darah beku and kulit keras. Hehe. Basuh dengan air zam-zam. Sehari sebelum berangkat ke Madinah rasa macam pelik. Kaki dah tak saki lagi. Serius tak sakit and tak ada kulit keras timbul macam dulu lagi. Hati mula gembira. Yelaa kan, dekat masa dekat Malaysia tahan sakit je bila sampai Mekah semua jadi ok. Just dengan buat tawaf sunat and sapu air zam-zam tapak kaki sembuh macam dulu.

                Itu kisah saya masa di Mekah. Kuasa Allah siapa yang tahu. And seriously, saya tak ada sapu ubat apa-apa pun. Just buat tawaf sunat and basuh dengan air zam-zam. Niat itu yang penting. Buat semua kerana Allah sudah tentu Allah menjanjikan balasan yang baik.Insyallah~ And right now, my sole become normal back. Tak ada sakit, tak ada kulit timbul and bekas tempat yang sakit tu pun dah tak nampak. Alhamdulillah.



Till then, bye2 and assalmualaikum =)

2 comments:

  1. Allhamdulillah..kuasa Allah mmg kuat shila =)

    ReplyDelete
  2. Tulaa..tak sangka dpt keajaiban pada diri sendiri =)

    ReplyDelete