Rata-rata semua entry post cakap pasal juara lagu semalam. Ramai yang tak puas hati sebenarnya kenapa Anna Raffali boleh menang. Adakah disebabkan lirik lagunya yang pelik or sebab-sebab lain? Yang pasti hanya juri sahaja yang tahu kelayakkan sesebuah lagu tu.Betol tak. Kita just boleh kritik je kenapa lagu tu menang. Tapi orang Malaysia ni kalau tak puas hati habis sampai bukak fan page kat FB tak suka lagu Anna Raffali menang. Sampai camtu sekali. Aku pun tak puas hati gak tapi tak de la sampai tubuhkan fan page segala macam.Dasyat2!
Tapi kesian kat abang FT. Penat aku dok sokong dari rumah.Haha.Tapi tak pela.Satu trophy pon jadilah. Every year just dapat persembahan terbaik. Aishhh..Nak gantikan Noraniza Idris ke bang? Hahaha. Dulu-dulu Noraniza Idris selalu bertanding ngan Siti kalau bab-bab persembahan ni. Habis satu batalion penari Yayasan Johor bawak naik atas pentas. Kalau dah gempak macam tu, dapatlah anugerah persembahan terbaik kat Noraniza Idris. Every year kot dapat persembahan terbaik sampailah dia dah tak aktif lagi dalam dalam juara lagu. Sekarang ni, abang FT plak ikut jejak dia.Hahaha. Tak pe bang i still luv u bebeh! You`re rock!! =p
Vokal plak dapat kat si Hafiz. Serius tak caye. Boleh plak ini budak dapat vokal terbaik. Owh! May be pitching dia sangat bagus di mata juri. Abang FT punya vokal pon okeyh pe? Nape bukan abang FT yang dapat??? Nape-nape! Tak pe la. Redha je la. Hahaha.
Lastly, Anna Raffali yang menang juara lagu. T____T. Best ke dia nyanyi? Lagu dia memang la best even aku sendiri pon dok main lagu tu banyak kali everytime bukak lappy. Tapi aku nak abang FT yang menang =(. Time Anna nyanyi, aku dok dalam jamban memulas perut.Hahaha. So, no chance to see her perfomance. Keluar-keluar jamban je persembahan dia dah habis =p
Aku rasa lepas ni mesti ramai yang nyanyi pastu post video dalam youtube konon-konon nak tambat hati Aidit Alfian. Hahaha. Kalau Anna Raffali buat lagu tajuk "tolong ingatkan aku" orang lain buat tajuk lagu "kan aku dah ingatkan dulu" hahaha pastu bley la menang 35k ^_^
Sesi mengumpat selepas AJL ^_^
No comments:
Post a Comment