Dapat hadiah tahun baru! Syok ma! =p
Guess what we got?
Jeng3....
Tadaaa!
Washing Machine
Lepas ni tak ada la aku jadi anak dara sejati lagi duduk dalam bilik air berjam-jam semata-mata nak berus kain baju. Hahaha! Nak tahu tak macam mana kita orang dapat hadiah ni? Meh aku citerkan...
Di suatu petang yang sunyi dua orang anak dara yang cute sedang bergosip sambil tengok MELODI dan tiba-tiba loceng rumah berbunyi. 'Ting Tong!!'
Dua orang anak dara ni ingat member rumah yang balik rupa-rupanya sangkaan mereka salah. Dua orang manusia ala-ala james bond datang terpancul depan pintu rumah.
"Selamat petang.Boleh kami masuk. Kami ada hadiah menanti anda sekiranya anda menggores kad-kad ini"
"Owh.Gores dan menang rupanya. Masuklah."
*budak-budak kecik bawah umur jangan tiru tindakan ini.Membenarkan orang yang tidak dikenali masuk ke rumah sama sekali bahaya!* Jangan ikut tau!
Maka bermulah episod dua anak dara ini menggores kad-kad tersebut. Cubaan kali pertama sia-sia saje. Tak dapat apa-apa. Cubaan kali kedua pon sama. Masing-masing dah frust. Cubaan kali ketiga dah berdebar-debar. Dup dap dup dap jantung masing-masing.
Dalam kesunyian tersebut, dua orang anak dara ini menjerit sakan! Yeayyyyy!! Habis bergema satu rumah. Jiran-jiran sebelah semua datang tengok-tengok apa yang telah berlaku. Rupa-rupanya...cubaan ketiga membuahkan hasil apabila kad tersebut menunjukkan sebuah mesin basuh. Hahaha~
Dengan serta-merta kedua-dua anak dara tadi mendapat sebuah mesin basuh baru. Sebelum balik, dua orang manusia yang ala-ala james bond itu berkata ,
"Lepas ni you all tak payah la basuh pakai tangan lagi eh, masuk dan putar je"
Dan kedua-dua anak dara tadi ketawa gembira terguling-guling sebab dapat hadiah best!
Amacam?Best tak citer tu. Hahaha. Rekaan semata-mata okeyh! Actually, mesin basuh tu parents housemate aku yang belikan. =p Gores dan menang tu citer rekaan je. ^_^
Lalalalalalalala~
O.K bye!
hahahahahaha! pikir dh btol dh td cte tu?
ReplyDeleteanda mmg pndai berjenaka...
hahahaha ;p bru nk blaja berjenaka
ReplyDeletela...
ReplyDeleteapasal tak tong2 duet beli jer..
kan senng...
hahaha saspen je. bukan ke gores dan menag diharamkan ke ape tah?
ReplyDeletesyahmi: haha.biarlah.. ;p
ReplyDeleteoh zt: mmg dh haram pon rsenye =p
ReplyDelete