Monday, December 20, 2010

No more 3D!


'No More 3D' .Fullstop! Tadi aku baru je balik tengok movie dengan adik-adik aku. Adik aku yang kecik punyalah teruja nak tengok cerita 3D kan sampai kan warna spec 3D pon dia boleh tahu. Mula-mula, kita orang decide nak tengok Tron Legacy in 3D but after reviews dari kaum kerabat aku kat FB yang mengatakan citer tu tak best, so terbantutlah niat kita orang.



So, kita orang decide tengok cerita Narnia yang 3D. Adik aku muka memang habis excited gila la kan nak tengok citer 3D. Budak kecik. Layankan je la. Aku kan kakak mithali.Miahahaha! ;p

Bila dah masuk panggung, so kita orang try lah pakai spec 3D tu kan. And mula lah sumpah seranah aku. What the heck! Tak akan nak pegang je spec ni for two hours. Owh man sh*t! Tahu tak nape aku men sumpah seranah dalam panggung tu. Meh aku listkan sebab musababnya :

1. Spec 3D terlalu besar.
2. Spec 3D longgar.
3. Spec 3D memeningkan.
4. Spec 3D tak best and langsung tak selesa!

Yes , that`s it! Pheww~Sepanjang 2 jam citer Narnia tu, aku dok pegang spec 3D tu tau tak. Sampaikan tangan aku kebas. Memang terbaeklah wa cakap lu!

Kat sini aku nak cadangkan penambahbaikan untuk movies yang guna spec 3D :

1. Sila buat saiz untuk spec 3D. Standard saiz yang digunakan adalah standard mat salleh punye. Kepala dia orang semua memang gedabak-gedabak, hidung pulak semua mancung habis. Kita orang Asia kebanyakkan kepala semua comel-comel and hidung plak semua cute-cute. So, saiz spek tu sila ikut standard orang Asia.

2. Sila buat spec 3D untuk saiz kanak-kanak. Al-maklumlah kan budak-budak kecik ni semua suka tengok cerita 3D. Lepas tu bagi pulak saiz spec yang orang dewasa punye. Batang hidung pon tak ada lagi macam mana lah nak tahan spec tu. Dah dapat keje tambahan pegang spec 3D semata-mata nak layan movie 3D.

3. Boleh tak buat spec 3D yang tak pening punye. Yang ni request dari aku. ;p Lepas-lepas tengok citer pakai spec 3D terus pening-pening. Tambah plak aku memang ade migrain. Peghh.Memang umphh la. Macam nak wat Abracadabra je terus kat dalam panggung tadi!



Kesimpulannya, kalau request aku yang kat atas ni boleh dipenuhi, baru aku akan tengok lagi citer 3D. Kalau tak, no more 3D movies!


6 comments:

  1. spec 3D tu kalau hilangkan ganti sampai rm200 kan?
    tp quality tak dak

    ReplyDelete
  2. la! ye ke.tak tau la plak.huhu.tp quality mmg low ;p

    ReplyDelete
  3. haha.. lain kali kena bawak salotape siap2 la.. xyah pegang.. tempek je terus kt kepala.. kih3..

    ReplyDelete
  4. haha.tu la.len kali kene bwak selotape siap2.xde la sampai kebas tgn sume. ;p

    ReplyDelete
  5. waa... aku teringin gila nak tgok 3d.. tp mest tak berkesempatan.. huhau

    ReplyDelete
  6. haha.g r try tengok.pastu comment best ke tak? ;p

    ReplyDelete