Saturday, December 18, 2010

Alaaa.. Kipas-kipas Je!







Perghhh! Memang panas hari ni. Lagi panas bila kene jadi pengapit terjun! ;p Pagi tadi aku bangun lewat, so kerja part time aku pon habis lewat. A round kol 12 baru siap semua! Phewww~ Penat tapi puas =)

Then tiba-tiba dalam kol 12 lebey, member aku call.

Member : Weyh! Tolong aku boleh tak?
Aku : Tolong apa? *blur-blur jap*
Member : Jadi pengapit aku weyh!
Aku : What the heaven! Siyes.Tak nak r weyh! Tak reti dowh. Ko try la soh member ko yang lain.Tak pon, adik-adik ko ke atau pon mak sedare ko ke? Aku siyes tak reti. Sori la eh.
Member : Alaa..Please! Aku dah tak da orang lain ni. Ko main kipas-kipas je.
Aku : Glurpp!

So, aku pon bagi tahulah ibu aku.

Aku : Bu! Macam mana nie. Aisah soh tolong jadi pengapit dia. Dahlah angah tak pandai nak buat benda-benda macam ni.
Ibu : Adik-adik dia tak boleh ke. Member-member dia tak ada?
Aku : Tak ada. Dia kata tak ada orang. Kesian pulak.
Ibu : Tolong je la ngah. Kesian dia nanti. Ala kipas-kipas je.
Aku : Diam seketika.



Dalam bilik aku baring-baring jap. Fikir-fikir jap. Berangan jap. Semua benda aku buat sebelum bagi keputusan nak main kipas-kipas ni. Miahahaha!

Dalam pukul 12.45 tgh..


Aku : Weyh! Kau bersanding kol 2.00 ptg kan. So aku dtg 1.40 la eh. *Rumah sebelah- sebelah je pon* Hahaha.
Dia : O.K! Tq eh! Nanti aku upah ko.
Aku : Alaaa..Tak payah la nak upah-upah. Tolong kawan. Tak pe. =)

Maka, jadilah aku pengapit kepada member a.k.a jiran sebelah rumah aku pada hari ini. Boleh masuk buku sejarah hidup ni. Tak pernah lagi jadi pengapit. Hahaha!


Aku sebenarnya bukan tak nak jadi pengapit. Dulu time kecik-kecik pernah la gak berangan nak jadi pengapit pengantin. Hotttt gitu!! Hahaha. Jadi pengapit ni, market tinggi gak weyh! Al-maklum la kan kalau pengantin amik gambar, pengapit pon ada sekali. Hahahaha! Pastu orang tengok-tengok. Bajet Hottt! Ngeh3 ^_^






Tapi bila dah besar terkubur segala angan-angan. Haha! Segan dowh! Segan gila nak mampus! ;p

Opsss! Lupa plak. Orang kata kalau jadi pengapit cepat kawen and certain orang yang lain cakap kalau jadi pengapit lambat plak kawen. Bagi aku, lambat or cepat kawen semuanya di tangan Tuhan. Kalau Tuhan nak cepatkan jodoh kita, cepatlah kita kawen. Kalau nak lambatkan jodoh kita, lambatlah kita kawen. ^_^. So, tak payah la nak percaya benda-benda macam ni. Mitos semata-mata. Ada orang yang jadi pengapit , cepat je kawen ^_^ macam cerita kat blog ini .


3 comments:

  1. wahh.. dahh tak lama dah nie kann.. bluppp.. hehhee..

    jagn lupa jempot yer.. hehhe

    ReplyDelete
  2. hehe..mekaseh link my blog..♥♥♥

    ReplyDelete